Wednesday, October 2, 2013

Puding Triffle dengan Kek Roll buat sendiri



puding triffle dengan kek roll buat sendiri 1 






Assalamualaikum..






Dah berkurun I beli jelly rasbery nona nak buat triffle.


Tapi nak memuding je yang ketat sikit.


Lepas longgar2 kan sendi..baru terjadinya puding yang yummy giler ni.


My hubby cam xcukup 2 gelas tu. Anak2 plak makan yg dlm bekas kaca leper tu. Yang nampak sikit dlm gambor tu. Tapi diorang tetibe xmau jelly merah.. just nak makan kastard ngan kek sahaja. Tapi memang sedap sangat.


Kek i  buat sendiri sbb dah insaf nak guna kek roll segera siap tu. Manis yang amat!


So buat sendiri boleh ejas manis.


Try la time2 cuaca Malaysia panas hangat hotss ni. :-)










PUDING TRIFFLE






Bahagian bawah sekali.


KEK ROLL


i amik resepi kat blog kak Dayang. Cume i ejas bagi letak perasa pandan.


 DI SINI










Bahagian tengah


 (KASTAD)




  • 1 cawan rata tepung kastad


  • 1/2 cawan gula 


  • 1 tin susu cair


  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)


  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)



CARA-CARA:




  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.


  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)


  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.











Bahagian atas


Jelly rasberry nona


Cara masak ikut sukatan yang dinyatakan di kotaknya.






Boleh la dilapis dengan buah2 segar atau koktail


ikut suka.


i letak buah2 segar














Untuk resepi yang lebih teratur detail dan senang untuk u ols hayati boleh terjah blog kak Lina.


DI SINI 






 


Siyes gambar triffle ni cam pasrah je. Skrang kalau nak menembak pun sangat la sengit bertarung dengan waktu dan anak2. Hehe. Jangan la harap nak ada prop tambahan. Pulak2 nak try skil.. berangan je la. :(


























No comments:

Post a Comment