Wednesday, October 23, 2013

SIMPLY DELICIOUS - KEK MARBLE



Sedapnya kek marble ni cukup menetapi citarasa saya dan anak-anak . Resepi kek ni saya dapat dari rakan blog juga iaitu dari blog Dapur Tanpa Sempadan - Mat Gebu , terima kasih Mat untuk resepi kek yang sangat mudah nak dibuat dan sangat lah sedap . Dulu-dulu masa kecil mak saya memang rajin masak kek marble yang cukup sedap so sampai la sekarang kek marble memang my all time favorite cake , simply delicious....






simply delicious kek marble 1
BAHAN-BAHAN :






240 gm butter


220 gm gula castor

240 gm tepung gandum

1/2 sudu kecil baking powder


4 biji telur gred A

10 gm ovallete


1 sudu kecil esen vanila


60 ml fresh milk

20 gm serbuk koko

20 ml air





CARA MEMBUATNYA :






-Panaskan oven kepada suhu 175'C . Ayak tepung gandum dengan baking powder dan ketepikan dulu .  Satukan susu dengan esen vanilla . Putar butter dan ovallete sehingga rata dan masukkan gula serta terus diputar lagi sehingga adunan menjadi putih 




- Teruskan mix adunan dan masukkan sebiji demi sebiji telur , jarak antara sebiji telur ialah 1 minit . Putar sehingga adunan jadi kembang . Masukkan tepung sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya putar balik adunan sehingga adunan menjadi sebati - anggaran dalam 3 minit saja )






- Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian , satu bahagian dibiar kosong dan satu lagi dimasukkan bancuhan koko dengan air kosong . Kacau bahagian koko sehingga sebati .




- Sendukkan adunan masuk ke bahagian tengah acuan yang telah dilenserkan tadi berselang seli , mula-mula masukkan adunan kosong lepas tu adunan koko dan ulang sampai habis semua adunan kek ni kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 50 - 45 minit mengikut kepanasan oven masing-masing .  Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja tandanya kek dah masak la . 




simply delicious kek marble 2


Terima kasih Mat Gebu untuk resepi kek marble yang sedap ni..


No comments:

Post a Comment