Monday, October 14, 2013

Irfan dan 6 tahun, Kek Coklat Moist CK



Hari ini tanggal 2 Jun 2011, genaplah 6 tahun usia anak lelaki pertama dalam keluarga Jebat, Ahmad Harith Irfan (tapi kami suka panggil dia ABI – dulu kengkonon takde adik, panggil jer baby... lepas tu melekat dengan nama Abi... )







irfan dan 6 tahun kek coklat moist ck 1


Dan sempena cuti sekolah ni, takdelah sambutan di tadika. Tapi CK buatkan juga kek coklat untuk dia. Nanti dh bukak sekolah, boleh celebrate kat tadika plak.



irfan dan 6 tahun kek coklat moist ck 2



Inilah dia kek yang CK buatkan untuk Irfan. Dalam perancangan kami nak beli kek kat Secret Recipe, tapi keluarlah macam2 cerita tentang SR sejak akhir2 ni, so kami pun ragu2. Baik la tak payah beli. Dan penyelesaiannya, buatlah kek sendiri. Dengan simple decoration, itu pun dh cukup menggembirakan hati anak2.




Kek Coklat Moist Cendanakasih

Bahan-bahan A

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan buttercup- dicairkan

1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B (diayak 3 kali)

1 1/4 cawan tepung kek/ superfine

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C

3 biji telur

1 sudu teh Ovalette

1 sudu kecil Esen Vanila

Caranya:

-Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.

-Pukul putih telur sampai kembang. Kemudian baru masukkan pula kuning telur. Pukul lagi dan tambah esen vanila dan ovelet.

-Campuran bahan A yang dimasak tadi dan digaul sebati dengan telur menggunakan whisker.

-Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau

-Biar semuanya bergaul sebati. Masukkan ke dalam loyang

-Kukus selama 1 jam.(boleh juga dibakar)

-Biar kek sejuk dan barulah letak topping




Utk topping:

CK cuma cairkan cooking chocolate dan campur dengan susu cair dan butter. Sesuaikan kepekatannya dan curahkan atas kek



irfan dan 6 tahun kek coklat moist ck 3


Inilah rupanya kek tu. Lembut dan moist. Macam2 resipi kek coklat moist yang kita jumpa. Resipi ni diolah daripada beberapa resipi. So kiranya ni kek coklat moist cara aku ler..



irfan dan 6 tahun kek coklat moist ck 4



Sarapan pagi dengan nasi dagang. Huuu...aku mmg suka nasik dagang.. kali ni ada gak lauk ayam goreng dan telur rebus.. waaaa...pepagi lagi dan makan nasi

Ada ke orang sambut birthday sebelah pagi. Hahaha...takpe lah nak. Orang tak buat, kita buat !! seceria mentari pagi bersama meraikan ulangtahun kelahiran Irfan. Semoga  memberi kehidupan dan masa depan yang cerah pada anakku. Amin!!



No comments:

Post a Comment