Kek yang lembut dan sedap. Bertambah seri lagi dengan corak di atas kek. Sesuai untuk hidangan hari raya atau sebarang majlis keramaian. Resepi masih sama dengan resepi Kek Rose Lapis Jem Strawberry cuma kali ini E-na kurangkan kuantiti ovalette. Kek tetap lembut dan gebu.
Suhu membakar juga E-na naikkan sedikit sesuai dengan suhu bilik sekarang, tidak panas berbahang seperti sebelum ini. Tak pasti suhu bilik mempengaruhi oven atau tidak tetapi pengalaman yang lepas bakar kek ini dengan suhu 180 degree di dalam cuaca yang panas berbahang, kek menjadi gelembung sedikit. Jadi pandai-pandailah adjust suhu dan masa mengikut kesesuaian semasa.
RESEPI KEK PANDAN LAPIS SERI KAYA
Bahan A:
60g butter dicairkan
60g gula halus / gula kastor
60g tepung gandum
3 biji telur gred A (+-200g)
1/2 sk ovallete
1/2 sk baking powder
Sedikit Perisa pandan
Sedikit Pewarna hijau
Bahan B:
Seri Kaya Secukupnya
Loyang 8" x 11"
Cara Membuatnya:
Masukkan semua bahan-bahan A KECUALI butter cair ke dalam bekas.
Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
Dengan menggunakan lidi sate/ pengcungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula). Maka akan terhasil bentuk lorekan di bawah.
Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pd oven masing2).
Sejukkan dan belah dua.
Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
UPDATE
Klik Link di bawah untuk melihat hasil dari rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini...
Dari Dapur CT
No comments:
Post a Comment