Wednesday, October 9, 2013

Layan Tempahan Pertama Kek Lapis Cheese Masam Manis!



Oh! Hari ini rupanya hari Jumaat. Amie sangka hari Sabtu, sebab sekolah Amie cuti. Nampaknya entri pagi ini lebih kepada cerita orang mamai...  separuh jaga dan separuh tidur. Apa pun... jom layan Kek Lapis Cheese Masam Manis di bawah ini.






layan tempahan pertama kek lapis cheese masam manis 1






Nampak okey tak? Sempurna tak? Memang pertanyaan orang kurang keyakinan diri kan? Wokey... terus kepada isi cerita yang hendak disampaikan... he he ehhh sebenarnya inilah kali pertama Amie sudi terima tempahan kek lapis! Bukannya 'sanggup' tapi 'sudi'..... gaya orang jual mahalkan? Macamlah cantik sangat keknya atau pun macamlah sedap sangat rasanya. Dah lebih-lebih perasan dah ni.



layan tempahan pertama kek lapis cheese masam manis 2






Rakan sekerja Amie meminta Amie buatkan sebiji kek lapis untuknya. Katanya tebal-tebal pun tak apa. Sebab dia pun faham situasi Amie yang ada bujang kenit Firdaus. Kesianlah pulak bila dia kata buat tebal-tebal pun tak apa.... ini yang buat kita naik semangat sebab orang sangat mengharap dan beri sepenuh kepercayaan dan serah bulat-bulat pada kita. Walaupun dia kata tebal-tebal pun tak apa, Amie tetap buatkan secantik dan sesempurna mungkin sebagaimana moleknya bentuk kek lapis. Amie pun mulakan kerja-kerja melapis seawal pukul 4 petang. Menjelang 8 malam, siaplah sebiji Kek Lapis Cheese Masam Manis 16 lapis menunggu sejuk untuk dibungkus. Dengan penuh yakinnya, Amie pun hantar sms kepada rakan Amie supaya mengambilnya pada keesokkan hari, pukul 10 pagi.






layan tempahan pertama kek lapis cheese masam manis 3










Nak dijadikan cerita, ketika Amie baring menyusukan Firdaus tiba-tiba terasa ada sesuatu yang tak kena  pada kejadian kek lapis tadi! Rupanya Amie hanya memasukkan 250 gram mentega dan bukannya 450 gram seperti yang ditetapkan dalam resepi! Padahal setiap kali Amie buat kek lapis Amie mesti gunakan 450 gram mentega! Tapi kenapa pula bila membuat kek tempahan Amie boleh terlupa? Sudahlah Amie masih buta tentang dunia kek, Amie tidak tahu apa akan jadi kepada kek yang kurang kandungan menteganya! Sudahlah kena gunaan mentega berkualiti tinggi... takut tinggi pula risikonya kalau tidak ikut sukatan. 



layan tempahan pertama kek lapis cheese masam manis 4






Dengan penuh rasa tanggungjawab untuk memberi kepuasan kepada pelanggan Amie pun bergegas kembali ke dapur. Syukurlah semua bahan untuk membuat kek lapis masih banyak sebab memang Amie beli lebih memandangkan ada lagi rakan sekerja yang menempah untuk hari Isnin dan minggu seterusnya. Ketika Amie sibuk membasuh telur, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi! Bermakna Amie perlu berada di dapur sehingga pukul 4 pagi....  sehingga menjelangnya waktu Subuh. Akhirnya tepat pukul 4 pagi siaplah sekeping Kek Lapis Cheese Masam Manis berukuran 8"x8"x3" seperti di atas.



layan tempahan pertama kek lapis cheese masam manis 5






Kalau tidak kerana kesilapan kurang bubuh mentega, tak adalah pose kek lapis hari ini.  Tak dapatlah rakan-rakan pengunjung menjamu mata ye... he he ehhhh. Oleh kerana kurang pengetahuan tentang kek lapis, jadi Amie jadikan pengalaman malam tadi sebagai satu pengajaran dan juga guru yang paling mahal pernah Amie perolehi setakat ini.







layan tempahan pertama kek lapis cheese masam manis 6










Walaupun Amie tidak bertujuan untuk mencari keuntungan yang semaksimumnya, atau pun berhasrat untuk memulakan perniagaan , namun Amie tetap menitikberatkan kualiti kek yang dihasilkan. Maklum sajalah kalau tempahan jenis kek lapis yang mewah seperti ini  pelanggan sanggup bayar dengan jumlah yang tinggi! Sebenarnya Amie sendiri takut menghadapi risiko apabila berhadapan dengan pelanggan tetapi pengalaman yang dikongsi bersama oleh rakan-rakan blogger seperti MADIHA cukup membuatkan Amie insaf bahawa tidak ada jalan yang mudah untuk kita mencapai kejayaan. Wallaaa...waalaaa... gaya bercakapnya ni macamlah sudah sehebat UCUBAKERY, RAHEL, EVELYN GEMINA (sekadar menyebut beberapa nama ye... sebenarnya banyak yang nak disebut) yang memiliki tangan-tangan ajaib itu.... ngeeeeee....(sengih-sengih sendiri sebab tak ada kawan). Oh ya... hari ini Amie cuti, nak betulkan ayat... sekolah Amie cuti peristiwa sebab 3 hari berturut-turut kami bertungkus-lumus sampai separuh rentung bertugas di padang untuk menjayakan sukan tahunan. 


Wokey... sambung  cerita. Amie juga turut jadikan SHEILA sebagai idola di atas kesungguhannya mencuba sesuatu resepi dengan prinsipnya 'try n error'. Cerita tentang Sheila... malam tadi sempat Amie sembang melalui FB. Untuk menghilangkan rasa mengantuk menunggu lapisan demi lapisan masak, Amie pun bawa laptop ke dapur. Kebetulan Sheila pun sedang online dan sibuk menyiapkan sesuatu. Bila Amie tahu Sheila pun masih di dapur, Amie pun terasa seakan-akan ada kawan yang menemani! Jangan salah tafsir ye... malam tadi Amie tak terasa meremang bulu roma atau bulu tengkuk tau! 











layan tempahan pertama kek lapis cheese masam manis 7






Banyak pulak songelnya Amie pagi ini... di pagi Jumaat nan mulia ini. Keknya sebiji je tapi riuhnya seantero maya ha ha haaaa.... Oh ya! Tuan punya kek pun sudah datang tadi tepat pukul 11 pagi untuk mengambilnya.






layan tempahan pertama kek lapis cheese masam manis 8






Amie suka terima pemberian yang cantik, jadi Amie pun mahu berikan yang cantik juga untuk penerima Kek Lapis Cheese Masam Manisnya ini. Sila abaikan tepi-tepi kek itu ya....  walaupun kelihatannya begitu tapi kalau dipotong dibuang ke mulut juga. Abaikan juga cara pembungkusannya yang tak berapa kemas... ini baru pertama kali buat ye... esok lusa makin kemaslah kot.... kot ajelah.






layan tempahan pertama kek lapis cheese masam manis 9






Hari ini dalam sejarah.... inilah hasil paling cantik pernah Amie berikan kepada pelanggan! Biarlah dengan kejakun-jakunanku, namun selain kek pisang, kek labu yang lepas-lepas tu ada juga kek lapis yang menuntut tahap kesabaran dan kerajinan yang tinggi selain tuntutan tidur yang tak terlayan oleh mata! Terima kasih daun keladi buat Cikgu Rosnah Othman yang sudi menempah kek lapis ini. Sebelum ini Cikgu Rosnah memang pernah makan kek lapis yang Amie bawa ke sekolah, tapi itu percuma... yang ini berbayar. Harap-harap yang berbayar ini rasanya lebih enak dari yang percuma ye Cikgu Rosnah.






layan tempahan pertama kek lapis cheese masam manis 10






Habislah cerita untuk hari ini. Firdaus sedang tidur. Amie juga yang belum tidur dari pagi, dari malam tadi, dari kelmarin lagi..... walalalllaaa... masak tengahari belum lagi! Tak apa, kejap lagi keluarkan ikan untuk direndam. Sementara Firdaus masih lena, Amie pun nak ngorok kejap!






No comments:

Post a Comment