Assalamualaikum
penat badan setelah balik dari bercuti kat kampung masih terasa,
biarpun hanya balik ke Alor Star sahaja
tapi perjalanan dengan feri memang merimaskan
;;;;.
semalam kami kembali semula ke langkawi
sempena CNY, memang ramai betul orang yang datang ke sini,
sampai jem jalan nak ke jetti point tu...
seronok tengok masing2 berbondong2 memborong barang
terutama di Hj Ismail Group n Idaman Suri..
rumah saya dekat dengan idamam suri ni tau
kalau ada sahabat yang datang..singgahlah ye
ish..ish..memang banyak duit betulkan..
saya kalau keluar ke sana pun sekadar
cuci mata dengan pinggan mangkuk yang cantik2 tu
nak beli pun kena fikir-fikir dulu huhu
tapi kemarin tak da mood nak keluar
tambahan pengasuh anak-anakpun masih belum datang
jadinya saya melunaskan impian sendiri untuk buat kek kat bawah ni....
sedap sangat..walau rupanya tak berapa menarik
kek buah bakar..yang mudah dibuat.terima kasih kepada DJ yang sudi kongsi resipi..nak tengok versi cantik..boleh ke link dj kat bawah tu.. |
Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
- 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
- 2 sudu kecil baking powder (diayak)
- 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
- 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
- 125 ml jus oren
Bahan B :
- 250 g mentega
- 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
- 250 ml susu cair
- 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
- 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
- Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
- Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
- Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya).
- Kemudian taburkan badam cincang jika suka.
- Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
- Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
-pada sahabat yang nak mencuba bolehlah,,senangkan..
No comments:
Post a Comment