Wednesday, October 23, 2013

Timba Ilmu Hias Kek Bersama Chef Eugene Wong



Amie cuba... cuba dan terus berusaha mencuba untuk menghadiri kelas menghias kek bersama Master Eugene Wong dari Kuala Lumpur! Akhirnya Amie berjaya meluang masa selama 2 hari 1 malam untuk menimba ilmu dan berkenalan dengan lebih lanjut mengenai dunia kek dan hiasannya! 


timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 1


Hari pertama kelas menghias kek.... belajar menggunakan fresh cream untuk salut kek dan juga menggubah bunga.







timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 2






Ini kek pertama yang dihasilkan.... rupanya bukan mudah! Tidak mudah untuk orang dan tangan seperti Amie untuk menghasilkannya! Menyapu dan melicinkan fresh cream pada kek saja hampir 2 jam! Habis cair buruk fresh cream yang digunakan.... barulah tahu rupanya makin lama berusaha melicinkan rupa paras kek makin buruklah hasilnya! Bukan apa... tak teliti dan tak sabar nak siap dan tak tahu 'perangi' sebenar fresh cream! Kata Chef Eugene, apabila 5-6 minit freshcream berada di tangan kita, bermakna sudah tidak dapat menghasilkan bunga yang cantik disebabkan fresshcream menjadi cair oleh kepanasan genggaman tangan kita! Oooo... begitu yeww... nampak sangatlah daku ini jakun yang paling jakun!



timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 3






Yang di atas ialah kek kedua, manakala yang dibawah merupakan kek ketiga.







timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 4






Huh! Dari pukul 9 pagi sampai pukul 5.30 petang menghias kek dan hanya berhenti setengah jam pada pukul 1 tengahari! Memang tak boleh cari makan kalau begini gayanya.... itu komen rakan-rakan peserta kelas menghias kek! Maklumlah masing-masing tidak berpengalaman dan ini merupakan kali pertama belajar menghias kek.



timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 5






Hari kedua... kononnya hendak belajar menghias kek menggunakan buttercream pula. kali ini Chef Eugene mengajar kami bagaimana untuk menghasilkan kek 2 tingkat. Seronok sangat sebab dapat menggubah bunga ros!






timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 6






Penggunaan buttercream untuk hiasan lebih mudah berbanding freshcream. Oleh kerana kita ni mak-mak budak yang baru belajar, jadi tentulah ada cacat celanya di ana sini. Apa pun Amie cukup suka melihat hasil gubahan bunga ros di atas kek yang Amie hias ini. 






timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 7






Menjelang pukul 4 petang, maka siaplah kek 2 tingkat yang Amie hias. Hiasan kek di bahagian atas nampaknya kelihatan senget-benget sikit.... tapi kata Chef Eugene kek yang Amie hasilkan cantik ha ha ahah.... 






timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 8



Sejak dari mula belajar kek, banyak sangat salah silap Amie buat dan akhirnya di sebelah petangnya barulah Chef Eugene kata 'yes'! Sebelum ini... asyik no no no... wrong...wrong wrong!






timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 9






Seronok tengok kek yang berderet... nampak  suasana romantik! Maklumlah kek kahwin ... mesti buat cantik-cantik, kata Chef Eugene.










timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 10






Walaupun letih menghadiri kelas hias kek selama dua hari berturut-turut tapi Amie tidak mahu ketinggalan mengikuti kelas seterusnya di bawah ini....



timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 11






Fondant... fondant! Memang kelas Chef Eugene best!



timba ilmu hias kek bersama chef eugene wong 12






Thank you very much Chef Eugene. Datang lagi ye... kami nak belajar lagi!







No comments:

Post a Comment