Tuesday, October 29, 2013

Deco dan Hiasan: Menghias Kek Barbie Doll Fresh Cream [Serta Video Youtube]



Alhamdulillah, terlepas juga hajat di hati nak buat kek Barbie Doll dan bagi kat kawan. Hehe.. Keknya kali ni guna kombinasi kek Slice cheese cake (resepi onigiri di myresipi.com) dan kek chocolate moist kukus yang biasa ku buat untuk tempahan. Ingat nak buat top-to-bottom guna Japanese Souffle Cheesecake tapi fikir patung ni jenis ada kaki, bukan yang jenis tinggal cucuk je. Sebab tu takut tak sesuai sebab JSC terlalu lembut, dikhuatiri  keknya akan tumbang dalam perjalanan nanti. Dasar kek ku buat guna 1kg choc moist sebab ia lebih firm dan atasnya pula slice cheese cake.

Tuan punya kek masa nak amik ni pun terdiam (tak tahu sebab apa, mungkin terkagum sebentar. Ececece..) Apapun puas hati gak sebab dapat deco cumil-cumil macam ni ;)

Tak semua langkah dapat ditangkap, sebab mengejar masa untuk elakkan fresh cream dari cair. Apapun jom kita layan cara deco kek yang simple di bawah~












deco dan hiasan menghias kek barbie doll fresh cream 1

Kek barbie yang dihias sepenuhnya dengan fresh cream



deco dan hiasan menghias kek barbie doll fresh cream 2




Cara Ringkas Menghias Kek Barbie Doll Serta Video Youtube

NOTE: Sebelum tu boleh lihat link cara asas membuat kek barbie doll tanpa loyang barbie doll. Kalau guna barbie doll berkaki, buatkan lubang di tengah-tengah kek sebelum mulakan melapis/stacking kek satu-per-satu dan sebelum dihias.














deco dan hiasan menghias kek barbie doll fresh cream 3

Kek slice cheesecake+choc moist barbie doll- keliling skirt kek tu cuma calit sikit dengan plastik keras biar nampak macam ada tekstur line sikit




Patung yang ku guna jenis biasa, siap ada baju lagi. Balut dari kaki ke pinggang dengan cling wrap/cling film dahulu:


deco dan hiasan menghias kek barbie doll fresh cream 4








Buatkan crumb coating dulu (seeloknya kalau guna barbie doll yang berkaki, buatkan lubang ditengah-tengah menggunakan pisau kecil sebelum disapu fresh cream):


deco dan hiasan menghias kek barbie doll fresh cream 5






Video cara melicinkan permukaan skirt kek barbie doll menggunakan kertas keras:




Video cara membuat 'ruffles' atau corak beralun pada keliling bawah skirt barbie doll menggunakan sudu@ice-cream scoop besi:





Cara membuat kotak untuk penghantaran kek barbie doll:











deco dan hiasan menghias kek barbie doll fresh cream 6

Kotak kek untuk kek barbie doll. Pastikan kek barbie doll jangan terlalu tinggi sangat. Juga pastikan saiz cakeboard sama saiz dengan kotaknya untuk elak bergoyang ketika penghantaran




P/S: Ku buat kek ni sempena mengingati saat ku pertama kali membuat kek barbie doll masa mengandungkan arwah anakku Nurfatihah Humairah aritu. Kebetulan kawan birthday anaknya hari ni, jadi ku sedekahkan kepadanya :) Al-Fatihah buat puteri mak... (sila jangan terasa sebak atau sedih, kalau tak saya nangis nanti :P huhuhu..) My baby..nothing I do will ever bring you back..Allah lebih sayangkan kau.. :)

deco dan hiasan menghias kek barbie doll fresh cream 7 Posted in: deco dan hiasan,step-by-step


No comments:

Post a Comment