Tuesday, August 6, 2013

^o^ Kek Lapis Kukus Cream Cheese



o kek lapis kukus cream cheese 1


Assalamualaikum~~


uhuk uhuk~~~~ terbatuk2 masuk blog sbb byk ngat habuk. sian pulak kt dia xde org tolong sapu.. tuan rumah since last week bz sket, pastu minggu ni kurang sihat pulak. bila ujian Allah datang tu kan, samaada akan mendekatkan diri padaNya (dgn bersabar dan redha), atau makin menjauh kerana berkeluh-kesah. nauzubillah.. sendiri tulis, sendiri faham.. org x faham pun xpe sbb tulis utk menyedapkan hati sendiri yg sedikit dirundung gundah-gelana..






nway, kek yg sedap ni tun buat sempena birthday my laling 14 Feb aritu. xde masak special2 pun sbb lunch kt pizza hut. siap ada pizza bentuk lovey lovey tau, tp kiteorg xorder yg tu pun. order yg byk2 cheese tu, mkn sekeping dh xleh nk masuk dh sbb muak ;p 


 











o kek lapis kukus cream cheese 2

pencahayaan x elok lgsg, nyampas..






k laa.. xleh bebel panjang2. kek skodeng dr dapur kak izah. kak izah skodeng dr dapur kak anym.. kak anym pulak amik dr dapur kak yatie. kak yatie pulak ubah resepi dr resepi brownies mrsdayat. fuh... panjang betol salasilah dia. terima kasih buat akak2 semua =)



Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Resepi: Kak Yatie

Sumber: Kak Anym, Kak Izah

BAHAN A


  • 250 gm cream cheese

  • 60 gm gula halus

  • 1 biji telur

  • 25 ml air

  • 1 sb tpng gandum

Cara-cara


  1. Pkl cream cheese bersama dngn gula.

  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.

  3. Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)

2 biji telur

1 cwn gula halus

1 sk vanilla

2 sb serbuk koko

sedikit garam

1/2 cwn air panas didih

1/2 cwn cwn susu segar/cair

1/2 cwn minyak jagung/masak

1 cwn tpng gandum

1 sk baking soda

1/2 sk baking powder

Cara-cara


  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang

  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam

  3. Masukkan air panas,susu dan minyak

  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.

  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.


  1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.

  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak

  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.

  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.

  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.

  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....



No comments:

Post a Comment