Sunday, August 11, 2013

Resepi Kek Lapis Goyang Dangdut


Fuiyooo.. kemain seksi nama kek lapis Sarawak yang satu ini ya!

Kalau yang dah biasa melihat nama2 kek lapis sarawak ni pasti tidak terkejut dengan keunikan dan kegedikan namanya..hehehe... Setiap kek yang dinamakan pasti ada sebab atau 'sempena'nya tersendiri..itulah antara keistimewaan kek lapis sarawak..selain dari rasanya yang enak dan tersendiri jugak lah kan..

Kek yang ini,pertama kali aku cuba sendiri..lama dah nak mencuba(ayat yang dah sinonim dalam dunia blog masakan),tapi baru berkesempatan ni nak membuatnya..buat ni juga sebelum cuti sekolah tempoh hari..so dah lama arwah kek ni...takyah bawak bekas masing2 ye...tu yang siap bekal aluminium foil tu maaf ler..kek dah abis.heh.. :D

Satu ketika, rasanya dalam tahun ni juga,seorang rakan FB yang mungkin pengunjung blog ni tanya, kenapa kek lapis goyang dangdut tu rasanya seakan berpasir?hah? berpasir?errmm.. aku tiada jawapan pasti masa tu sebab aku tak pernah lagi buat kek ni..tapi kalau buat kek guna marjerin(mungkin bergantung jenama juga) dan dipukul dengan gula pasir(bukan gula halus)boleh menghasilkan tekstur seakan berpasir.. tapi dia kata dia guna mentega seperti aku biasa guna juga..woh..mungkin ada silap di mana2...tidak mengayak tepung susu itu,misalnya? Kena bedah siasat sendiri la punca selebihnya ya.

resepi kek lapis goyang dangdut 1Bila dah buat sendiri,saspen juga nak merasa kek ni..maklum la,langsung tiada penggunaan tepung selain tepung susu dan horlicks kan.

Kek ni tak guna gula langsung tau..tapi buh gula yang tak langsung jer. Maksudnya sumber manis tu datangnya dari susu,serikaya dan horlicks jer...hehe

Bila dah menggigit tu..hermmm..tekstur dia memang berbeza dari kek biasa..tiada langsung rasa berpasir malahan halusss sangat teksturnya tu..gebunya pun lain sikit tau..lain yang best. Rasa dia sedap tapi tak boleh makan banyak sebab cepat muak sebab guna tepung susu kan..dannn,itu menyebabkan kek ini amat sesuai jika dihidangkan di hari raya. Aku macam pernah makan kat umah orang masa raya..rasa2nya lah.

resepi kek lapis goyang dangdut 2Warnanya ni aku buh ikut suka jer..lepas tu lapis pun sikit jer..sebab di samping malas(pengakuan jujur),kek ni punya satu rasa sahaja..so berbeza dengan kek yang punya rasa berbeza,lebih banyak lapis,lebih best rasanya.. ^_^

Jadi buat anda yang nak mencuba, disertakan di sini resepinya.. sedap!sedap! perisa susu(tepung) dan horlicks.. jika ingin kurangkan kemanisannya,bolehlah kurangkan susu pekat sedikit ya. Tapi ni pun dah ok dan menepati piawaian kek lapis edisi lama(original)

Terima kasih rahman bestari sebab kongsi resepi ni...rindu lak kat beliau walaupun sempat kenal dan beramah mesra di Myresipi.com..selepas tu dia menghilang senyap entah ke mana..semoga dia sihat di mana jua dia berada..

KEK LAPIS GOYANG DANGDUT

Resepi:rahman_bestari@myresipi.com

By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com



Bahan-bahan ( loyang 8x8x3.5 )-hasue buat setengah adunan dan guna loyang 8.5"x4.5"

10 biji telur ayam

16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn-hasue guna westgold-unsalted

1 tin susu manis = 390gm

1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)-hasue guna brand yeo's

3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf-hasue guna nespray dan ayak

1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm - juga diayak untuk tekstur halus

pewarna kuning dan cokelat-atau warna pilihan

Cara-cara

1 Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang.

2 Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.

4 Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana (dgn mixer)

3 Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.

5 Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi.

6Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.

7Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

8Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.

27Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri. (saya gunakan satu cawan untuk setiap lapisan). Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan)

Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.

11* Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.

12* Jangan lupa juga untuk menambahkan air kukusan. Seeloknya gunakan air panas mendidih supaya proses memanaskan semula air tidak melambatkan proses melapis kek.

* Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.


resepi kek lapis goyang dangdut 3Kek ni enak, lembut,moist, dan terasa mood raya nostalgia ketika menikmatinya..tekstur yang halus tu orang takde gigi pun boleh makan..

Haa,kalau ada susu anak yang tak abis sebab anak dah berhenti menyusu tu,atau yang sedang hamil tapi tak suka minum susu semasa mengandung tu..campak ler dalam adunan kek ni..sure sedap!hehe..selamat mencuba!







resepi kek lapis goyang dangdut 4


resepi kek lapis goyang dangdut 5


resepi kek lapis goyang dangdut 6


resepi kek lapis goyang dangdut 7


resepi kek lapis goyang dangdut 8


resepi kek lapis goyang dangdut 9


resepi kek lapis goyang dangdut 10


resepi kek lapis goyang dangdut 11



No comments:

Post a Comment