Saturday, August 24, 2013

:-> Kek Coklat Kukus



gt kek coklat kukus 1

Menu aidil adha lagi....Pepagi raya makan nasi impit dengan Rendang Hitam Daging, lepas tu operasi membakar satay ayam pulak. Bila dah selesai bab makan satay dengan kuah kacang, E-na buat operasi mendeko kek coklat, simple-simple jer untuk makan anak beranak.

Itulah aktiviti kami di pagi raya...masak sendiri makan sendiri lah...Hari ahad baru ada sambutan untuk warga Nagoya..memang meriah sekali. Banyak makanan di sediakan oleh adik2 undergrad, kami pergi bawa perut jer...he he tq untuk adik-adik yang bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk kami semua.

Kek Coklat kukus ni sedap dan moist gitu...bole buat lagi lain kali....

Kek Coklat Kukus (Loyang 20cm)

Bahan-bahannya:



  • 3/4 cawan serbuk koko

  • 1 cawan gula

  • 1 cawan fresh milk

  • 1 cawan minyak masak

  • 50g butter

  • 1/2 cawan susu pekat manis (E-na x masukkan tu yang ganti dengan butter)


  • 140 g tepung gandum (1 1/4 cawan)

  • 1 tsp baking powder

  • 1 tsp soda bikarbonat

  • 3 biji telur (205g)



Cara Membuatnya :



  1. Campurkan serbuk koko, gula, fresh milk, susu manis, butter dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api kecil sehingga semuanya larut.

  2. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.

  3. Pukul telur sehingga kembang.

  4. Masukkan campuran koko tadi. Pukul rata.

  5. Masukkan tepung dan kacau sebati.

  6. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang telah di alas dengan cooking sheet.

  7. Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.

  8. Kukus selama 50 minit atau sehingga ke masak dan sejukkan.

  9. Boleh curahkan ganache diatasnya sebelum di makan.....

  10. Tapi kek ni makan macam tu je tanpa ganache pun dah sedaapp.










Best Regards,



^_^LovelyKitchen^_^



gt kek coklat kukus 2




Source : Mak lang Azie


No comments:

Post a Comment