Thursday, August 29, 2013

Ketam Masak Lemak Daun Kunyit Dan Tempahan Kek Buah Kukus


Assalamualaikum...

Hari ni daha ada idea nk masak apa kawan2?Hurm kalau still tadak idea n ada ketam ada esbok, boleh cuba resepi ni.Biasanya kalau menu ketam akan dibuat ketam cili, sweet sour ataupun kari.Kali ni wat masak lemak lak.Tak yah guna serbuk kari pun.Main campak bahan basic yg ada dalam esbok jer.

Sorilah ya gambar ntah hapa2 sebab bila snap petang rembang ni selalu haru biru jadinya..Seadanyalah huhu


ketam masak lemak daun kunyit dan tempahan kek buah kukus 1


sedap makan kuah pekat2 camni..






RESEPI KETAM MASAK LEMAK DAUN KUNYIT


By : LiNa Pg






Bahan-Bahan:


  • 2 ekor ketam saiz besar (cuci bersih dah belah 2)

  • 3 ulas bawang merah (blend)

  • 2 ulas bawang putih (blend)

  • 1 labu bawang besar (blend)

  • 1/2 cm lengkuas (blend)

  • 1cm halia (blend)

  • 1cm kunyit hidup (blend)

  • 8 biji cili merah (blend)

  • 1 batang serai (ketuk)

  • 2 cawan santan pekat.

  • 3 asam keping

  • 1 helai daun kunyit (racik)

  • Garam dan gula/perasa.

  • Air (secukupnya)

  • Minyak



Cara-Cara:



  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan serai dan bahan kisar.Tumis hingga pecah minyak.

  2. Masukkan ketam, gaul sebati dengan bahan tumisan.

  3. Masukkan santan dan gaul sebati.Tambah air hingga melebihi paras ketam.

  4. Masukkan asam keping, garam, gula/perasa dan juga daun kunyit.Kacau hingga mendidih.

  5. Sesuaikan rasa.Tutup api



Selit iklan sket hihi..Tempahan Kek Buah Kukus Super Moist


ketam masak lemak daun kunyit dan tempahan kek buah kukus 2


 Pack mini, minimum order 4paket


ketam masak lemak daun kunyit dan tempahan kek buah kukus 3


sangat lembab dan sedap.Menggunakan pure butter, bukan buttercup


ketam masak lemak daun kunyit dan tempahan kek buah kukus 4


Dikukus selama 4jam, disaluti gula hangus dan mewah dengan buah-buahan kering yg terpilih.



No comments:

Post a Comment