Assalamualaikum
Yer... terpaksa saya jadi cik Anon mengomen diblog sedari sedari sekalian.
p/s: Kak Chahh peratah Milo, plz cek komen spam akak. sian aku ngomen hapah pun tak keluar kat entry2 kak Agueliera tuh. Udah ler cik Anon tak leh komen. Ini la time pentingnya komen box kita ada setting cik Anonymous. Sesetengah komen box jek la Cik Anon mcm saya boleh komen. Huhuhu.. Sediss..
Kek kukus ni bejaman dah dibuatnyer. Cume segan nak buat pameran.
Ada kecacatan sedikit pada kek ni. Bahagian tengah tu kurang masak.
Bukan leh tak masak cume kureng jek. Kikiki..
Ada sebab jadik gitu. Haishh malas nak story.
Jom layan resepi yang boleh dimodify ikut kreativiti sendiri ni.
Kek ni asalnya kek prune kukus yang saya amik resepi di majalah Rasa.
Saya dah buat pun versi prune DI SINI. Sedap weh.
Kali ni saya letak coklatchip dan kurangkan manis pada sukatan. Layannnn..
Dan selamat berhujung minggu buat semua.
Daaaa
KEK PRUNE KUKUS
sumber: Majalah Rasa Oktober 2007 oleh Puan Nuni
by: Izahdaut
bahannya:
100 gm mentega
200 gram susu pekat manis
2 biji telur
150 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
buah prune secukupnya *kali ni izah ganti ngan cok chip
Caranya:
1. Pukul mentega bersama susu pekat manis sehingga kembang dan ringan.
2. Dalam mangkuk yang lain pukul telur sehingga kembang dan ringan dan kemudian tuang ke dalam adunan mentega dan susu tadi. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda ke dalam adunan tadi.
4. Ceduk adunan ke dalam mangkuk kertas.
5. Tabur kepingan prune yang dipotong kecil.
6. Kukus di atas dapur dengan api sederhana sehingga masak.
Nota: saya guna api sederhana dikukus lebih kurang 15-20 minit. Pukul menggunakan mixer. Pukul telur sehingga betul betul kembang dan ringan. Ceri merah dan hijau hanya sekadar penyeri dan hiasan sahaja (optional).
Ulasan pakar nutrisi: Resepi ini sesuai disajikan sekali sekala bagi pengamal diet, sebagai sebahagian dari perancangan diet sihat dan cara kehidupan aktif. Jumlah gula, lemak dan kalorinya sederhana.
No comments:
Post a Comment