Tuesday, August 6, 2013

BILE OMBRE KEK MENJADI KEK BALDU MERAH...



bile ombre kek menjadi kek baldu merah 1


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…








Bertemu kembali kita pada hari ni…semalam QH tak sempat  untuk bersiaran kerana memberi laluan kepada kerja2 yang perlu diselesaikan...ok cukup..tak mau cakap bab kerja2 dalam ni..hehehe...






Baik la…hari ni QH nak menunaikan janji agar ditepati…hihihi…maaf yea lambat kek ni nak ditayangkan…hehehe…QH nak kongsikan kek yang QH buat sempena 1st Bloggersary tempoh hari…ketika membuat kek ni banyak perkara lucu terjadi dan agak menghampehkan la pada QH…lain yang kita nak…lain pula yang jadi…






Kisahnya begini…kononnya sempena hari istimewa tersebut…QH nak mencuba juga la untuk membuat ombre kek…kek tu kan trend sekarang ni…lagipon deconya yang simple tu yang QH suka…seiring dengan peredaran zaman sekarangkan…wah kenyataan tak padan…hehehe…tapi betul ape…sesuatu yang simple tu lagi menarik pada pandangan QH…betul tak?? tapi ape yang terjadi sebaliknya…padahal agak lama juga dah rancang nak buat kek jenis tu…boleh dikatakan hari2 la menengoknya di google…bertambah nak cuba lagi bile melihat rakan2 blogger pon ade yang telah mencubanya…hishhh geramnya…sebab cantik!!



bile ombre kek menjadi kek baldu merah 2


Sedang elok mood melayan untuk buat kek pujaan tu…entah macam mane telah berlaku kesilapan demi kesilapan di situ…untuk keknya QH memilih untuk menggunakan resepi kek baldu merah…QH pernah buat kek ni tapi versi cupcake…boleh tengok di SINI yea…suka dengan tekstur kek ni…lagi satu memang sebab nak makan sangat…tapi taknak la kaler merah tu…QH nak buat kaler pink yang berlainan kaler tu!!!






Kesilapan pertama yang terjadi…waktu tu entah ape la yang ade dalam fikiran QH masa tu…elok saje bancuh serbuk koko dan pewarna merah dan terus masukkan ke dalam adunan butter yang sedang berputar tu…dah sebati adunan baru terperasan…gluppp…tarik nafas dalam2 waktu tu…terus hentikan dulu mixer tu dari terus beroperasi…fikir nak buang adunan tu atau teruskan…mula la nak menyalahkan serbuk koko dan pewarna merah yang tak bernyawa tu…hahaha…kenapa la engkau yang aku sibuk2kan??? Tension tau makcik ni dibuatnya…fineeee



bile ombre kek menjadi kek baldu merah 3



Takpe la bile difikirkan kalau dibuang membazir la pulakkan…baik la diteruskan saje…walaupon waktu tu hati dah separuh remukkk…huhuhu…putar la adunan tu seperti biase…sampai siap…dari nak buat berkaler2…yang jadinya tetap la kek baldu merah…kembali ke resepi asal…baru berangan nak olahkan sikit resepi tu…mungkin empunya resepi tu tak redha kot…resepinya dipandai2kan untuk diolah…hehehe…






Untuk resepi kek ni QH gandakan adunannya untuk sebiji kek yang bersaiz 18cm atau lebih kurang saiz 7inci…saiz yang sangat ideal…elok saje nampaknya dibble dah siap tu…nak buat besar sangat nanti jenuh pula nak habiskannya…tupon separuh kek ni QH bawak ke pejabat…tak sanggup dengar bile diorang perli2 nanti kalau ternampaknya di FB…hehehe…



bile ombre kek menjadi kek baldu merah 4



Kek ni QH buat 3 layer…jika ade yang nak buat 4 layer pon ok jugak…ikut pada tahap kerajinan anda masa tu ehh…hihihi…setiap layer kek yang QH buat ni…ianya dibakar secara berasingkan…sebab menggunakan loyang yang kecil takut nanti membuak2 la kek ni melimpah…lagipon senang tak payah dah nak susah2 untuk memotong kek tu untuk dibahagikan sama rata…cara yang QH gunakan senang saje…timbang keseluruhan adunan kek tersebut…lepas tu bahagikan saje adunan tadi ke berapa bahagian yang kita nak…jadi kek tu nanti akan menjadi lebih kurang sama saje tebalnya…contonya seperti gambar di bawah tu yea…






Topping dan jugak lapisan layer kek ni QH menggunakan fresh cream lagi…suka akan rasanya yang tidak muak tu dan kawan2 pon cakap sedap…mahalkan memang la sedap…hahaha…lagi satu mood agak malas sedikit untuk buat buttercream seperti biase tu…dulu sebelum kenal dan berani mencuba fresh cream ni…buttercream tu la yang QH gunakan…kalau nak buat takde masalah…ikut citarasa dan tahap kerajinan tu yea…QH ni malas sikit…nak yang cepat dan mudah saje…tapi rasanya lagi jimat kot kalau guna fresh cream ni…tak perlu bahan2 yang lain…cuma kalau nak sedap lagi tambahkan susu pekat manis saje…sebab 1 kotak fresh cream tu boleh digunakan lebih kurang untuk 3 biji kek…dan jika simpan fresh cream dengan cara yang betul selepas kotaknya dibuka…boleh bertahan lama…



bile ombre kek menjadi kek baldu merah 5



Kesilapan kedua dalam pembuatan kek ni…adalah fresh creamnya…dimana ianya telah terlebih diputar…masa tu sambil memutar fresh cream ni…QH menyiapkan barang2 untuk mendeco pula…agaknya lama sangat dan lupa nak pantau…sedar2 tengok dah terlampau kental jadinya…fresh cream ni tak boleh yea kalau terlebih putar…tak cantik teksturnya…panic sekejap…sayang tu kalau tak boleh digunakan…sebelum ni QH ade jugak membaca beberapa tips untuk senang mendeco kek ni…ade jalan penyelesaiannya…






QH rendamkan pisau untuk melepa kek tu dengan air panas…pastu lap kering2…lepakan fresh cream tersebut pada kek…fresh cream tersebut akan senang dilepa dan tekturnya dah tak berapa kental pon…cantik licin saje…begitu jugak ketika QH ingin mewarnakan fresh cream tersebut…gunakan teknik yang sama…tapi fresh cream ni QH tengok kalau yang berwarna tu kalau lama sangat diluar ianya akan mudah mencair berbanding dengan rupa asalnya tu…jadi bile nak deco tu kena buat dengan pantas dan cepat…yang tu boleh tengok pada gambar kek tu yea di bahagian atas…nampak tak?? warnanya juga menurun…






Sebelum terlupa…resepi Red Velvet ni QH ambil dari blog Kak Azlita@Masam Manis…mohon untuk kongsikan resepi ini di sini pula yea kak…terima kasih…baik la QH rasa cukup la sampai disini dulu entri kita pada hari ni…dengan kek ombre yang tak menjadi tu...daripada kempunan…deco la keknya dengan teknik ala2 ombre tu…hehehe…selamat mencuba semua…






bile ombre kek menjadi kek baldu merah 6


RED VELVET CAKE


By: Kak Azlita@Masam Manis, Qasey Honey 






Bahan2


1 1/4 cup tepung - guna tepung kek


1/2 sudu kecil baking powder


1/2 sudu kecil garam


1 sudu besar serbuk koko


1 sudu besar pewarna merah - guna 1 1/2 sudu kecil


57 gm butter tampa garam


3/4 cawan gula - guna gula kastor


1 biji telur - guna gred A


1/2 sudu kecil esen vanila


1/2 cwn buttermilk - guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)


1/2 sudu kecil cuka masakan


1/2 sudu kecil baking soda



bile ombre kek menjadi kek baldu merah 7



Caranya


Panaskan oven pada suhu 175C atau bergantung pada jenis oven. Ita guna 165C. QH guna 150C.


Dalam satu bekas ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.

Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.



Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 


Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.


Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.


Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung).


Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.


QH bahagikan adunan kepada 3 dan dibakar berasingan.


Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang. QH guna loyang bersaiz 18cm (7inci)


Bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak. QH guna api atas bawah


Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.






Sapukan Cream Cheese ke atas kek.


Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.


Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.



bile ombre kek menjadi kek baldu merah 8



Untuk cream QH menggunakan Non Dairy Whipping Cream…QH buat ikut cara Kak Azlita seperti di bawah ni…















bile ombre kek menjadi kek baldu merah 9


 Sumber gambar dari Kak Azlita@Masam Manis



“Untuk creamnya pula ita gunakan NonDairy Whipping Cream jenama Rich kotak warna biru. Sukatannya pula 2 cawan non dairy cream campur dengan 1 cawan susu. Kalau tak suka susu boleh gantikan air atau jus. Tapi pastikan jus tu tak de warna sebab nanti tak dapat pula warna putih.

Selepas tu pukul adunan ini dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan terlebih pukul tau! janji ia nampak lembut. kalu terbalikkan bekas tu dia tak jatuh.

Kalau nak gunakan buttecream pun boleh atau apa-apa cream lain yang dirasakan sesuai dan menepati selera anda dan keluarga”.




bile ombre kek menjadi kek baldu merah 10



Cream cheese frosting






Bahan2


125g cream cheese


50g butter tampa garam


110g gula icing - boleh kurangkan


1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku 






Caranya


Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut.


Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.


Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula.






*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.






bile ombre kek menjadi kek baldu merah 11


bile ombre kek menjadi kek baldu merah 12

No comments:

Post a Comment