Sebenarnya bukan apa aku lambat nak ngepost n3 pasal kek ni..ada laa kesilapan teknikal sana sini..ni pun sebab ada kesilapan teknikal tak dapat dielakkan jadi terpaksa post n3 ni dulu.hehe...
Oh ye,ada juga yang meneka kek apa yang aku gunakan untuk ngetest buttercream tu kan...tapi salah belaka...noorsha jer jawab blue velvet..kira adik beradik laa kan..tapi salah gak sebab bukan blue...haha..ada percubaan nak buat blue velvet,tapi bila try memang tak sesuai,nanti jadi turquiose lak..uhu..
Resepi nih dah tersebar luas juga rasanya...sebelum ni aku buat red velvet cupcakes agak tak puas hati dengan kejadiannya sebab kek tak seperti yang aku bayangkan kejadiannya,agak padat dan berat..
Tapi resepi kali nih memang mabeles jer..memang velvet teksturnya dan bila digabungkan dengan blueberry filling bersama creamcheese lagi memang tip toppp!!

Yang seronoknya baru aku perasan oven aku tuh leh muat sekali gus bakar 2 loyang 8"..takyah laa tunggu2 turn kan.hehe...

Aku guna star brand ni..tak try lagi yang brand lain.. sebab kan adunan ni ada buh serbuk coklat lagi,jadi kalernya pun tak merah benar..
Tapi takpelah,janji keknya sedap ye..Nak tengok kek lagi gojes sila ke blog kak zai nih..suka tengok kemerahan kek velvetnya..sebelum ni ramai yang dah cuba juga resepi yang sama kan,ct zaidah a.k.a zaliedana pun dah cuba 2x kalau tak silap.hehe
Aku pun amik resepi daripada situ..terima kasih kak zai dan mereka yang dah menyebarkan resepi nih...
Red Velvet Cake
Sumber: Kak Zai@Teratak Impian
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - kak zai guna 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan
Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.
Filling:
500gram blueberry filling
Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
Topping:
30biji coklat feraro-tak letak
Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

Resepi untuk buttercream yang aku gunakan untuk deko kek ini boleh rujuk kat SINI(klik)








No comments:
Post a Comment