Monday, November 25, 2013

Tempahan Kek Coklat Moist Tanpa Telur - SMECC


Assalamualaikum...

Salam siaran...dah lama teringin nak buat SMECC (Super Moist Eggless Chocolate Cake) ni tapi tak terbuat jugak.Bukan kek coklat tak bape nk laku kat umah ni berbanding ngan cis kek.Malas la nak menerai.Rasanya resepi kek ni memang ada di setiap dapur maya kawan2 yg lain, saya ajer yg ketinggalan..selalu camtulah out dated sket heheh..

Kali ni hajat tercapai jugak hajat nk menerai disebabkan spesel request dari kastemer yg nk kek coklat tapi takmo telur...vegetarian ke allergic telur tak tau lah...tak siasat lak..Lagipun ni kastemer baru.Memula sudah kureject proposal ni sebab tak pernah amek order Eggless cake takut gak tak menjadi.Pernah buat kek eggless dolu2...time anak kena chicken pox kan kena pantang telur..sekali tu jer buat kek coklat tanpa telur.

Kali ni saya menggunakan resepi DJ, Alhamdulillah menjadi..


tempahan kek coklat moist tanpa telur smecc 1


kek ni naik membukit dan merekah sket..bila baca kat blog DJ katanya memang camtu pesen kalau yg eggless..saya paras rata n tuang ganache.Rasa sket yg kena pancung tu..mak aih sedapnya...tak rasa pun ketiadaan telur dalam kek ni..Memang moist sangat....rugi tak cuba awai2 hehe...Hokey kek ni berat ~1.3kg.Kalau yg dlam pantang tu boleh order kek ni...mari-mari






RESEPI KEK COKLAT MOIST TANPA TELUR - SMECC


By : DayangJack


Rujukan : KakNor


Sumber : LiNa Pg




bahan-bahan : (LiNa Pg buat double)loyang 9in- guna 8in tinggi sket kot


  • 2 cawan tepung gandum

  • 2 sudu kecil baking powder

  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

  • 3/4 cawan serbuk koko 

  • 4 sudu besar susu tepung

  • 21/2 cawan air sejuk (dari peti ais)

  • 2 cawan gula perang

  • 1 sudu kecil esen vanilla

  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak)

  • secubit garam

  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair

  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon



Cara-cara :


  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 

  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.(LiNa Pg bako selama 50min)

  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.



Note:

Kek ni memang sedap walaupun tanpa ganache.Sebab nk jual kena buat ganache gak

No comments:

Post a Comment