Tuesday, November 19, 2013

Drama Kek Pengantin


PENGUMUMAN: Kepada Chinta, saya dah dapat emel kamu dan sudah reply. Tak pasti kamu dah dapat atau belum emel saya. Tarikh 7 Disember tu, masih free. Saya dah masukkan nama kamu dalam senarai sewaan. InsyaAllah, kita jumpa 5hb untuk saya serahkan bantal tu dan macam dalam emel kamu, kamu pulangkan 8hb ya?




Salam dan hai

Memandangkan semalam nye post, majoriti kata nak tahu semuanya, saya mulakan dengan ikut turutan sedia ada dalam post semalam.

Drama kek dua tingkat saya.

Saya memang tak amik pusing sangat pasal kek pengantin. Asal ada.

Kalau nak dicanang impian, memang la tinggi menggunung. Kalau boleh, mahukan ini! Tema damask.
drama kek pengantin 1

Tapi memandangkan kek dalam pakej katering, jadi untuk selamat, amik sahaja la apa yang diberi.

Tapi tetap berangan mahukan kek diletak buah macam kat bawah ini.
drama kek pengantin 2

Saya minta kek krim putih, tiada apa tulisan. Kosong habis, cuma sedikit corak di bawahnya. Yang dijanjikan kek tiga tingkat. Saya memang nak tiga tingkat pasal nanti boleh jamu tetamu yang lebih ramai.

Saya pegang pada janji.

Pada hari majlis, rupanya orang buat kek ni terlebih rajin, tetap buat corak bagai, siap tulisan. Tapi malas pula nak kasi tiga tingkat, diberi nya dua tingkat. Saya perasan masa saya kat atas pelamin. Harus la, walau senyum lebar, mata meliar tengok sekeliling.

Reaksi: Dua tingkat??@$!@%!!!V%!% Ok takpe. Takde rezeki. Yang penting, masih ada kek daripada langsung tak ada. Senyum!

Masa kat atas pelamin, memang tak perasan rupa gubahan buah tu macam mana. Bila dah nak potong kek tu, baru perasan, comelnya buah-buah tu ditabur. Nak potong pun, tak mahu terpotong buah. Puas hati pasal ada buah kat kek.

Lala, saya pinjam ye gambar daripada blog kamu!

drama kek pengantin 3

Walau tak puas hati tentang apa yang dijanji, ingat ya bakal pengantin, sentiasa senyum tau.

drama kek pengantin 4

drama kek pengantin 5

Sumber: Facebook Awang

Sempat pesan pada abang saya, yang kecil bawa balik rumah. Yang besar, bahagikan pada tetamu mana yang sempat.

Lepas majlis sanding, tak teringat pun nak makan kek ni. Tak puas hati pasal katerer tak tepati janji.

Rasa tak puas hati berpanjangan.. Sampai la masa saya tonton video majlis kami.









Baru saya tahu, kek tu dihias oleh Laling dan Reen, serta K.Ana pagi majlis sanding tu.
drama kek pengantin 7

Automatik, kek tu menjadi kek paling cantik dan paling manis saya pernah rasa :) Dua tingkat ke tiga tingkat ke, saat tu terus sudah tak peduli. Saya dapat kek yang dihias dengan riang dan ikhlas oleh mereka bertiga.

Tak ternilai! --walaupun hanya dua tingkat. Terima kasih Laling, Reen dan K.Ana! *senyum!

12 November 2010




No comments:

Post a Comment