Assalamualaikum..
Dari hari jumaat lagi..kurang sihat..biasa la..kan.. mak cik ni..asal nya gusi bengkak..bila dah macam tu..tak lalu makan..bila tak makan..gastrik pun datang tanpa diundang..
hari ni cuti..dari tadi teringin nak buat cerita ni..tapi tak larat pulak rasanya..malam ni didayakan juga...
nak kongsi resepi kek yang aku dapat dari kak munah juga..dah lama resepi ni..lebih dari 20 tahun...
kek..gambar dari en.google..sebab masa biskut tu..ada yang tanya gambar..kali ni..cari jugak la gambar..
KEK NESCAFE LEMBAP
Bahan bahannya..
4 cawan tepung superfine
3 cawan gula castor
1 cawan koko
2 sudu kecil nescafe
1 sudu kecil esen kopi
1 sudu kecil esen vanilla
285 gm marjerin
6 biji telur
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
2 cawan air
Cara
Putar koko+air+nescafe
simpan 5 minit dalam freezer, keluarkan dan simpan lima minit lagi dibawah...selepas 5 minit keluarkan terus dari peti ais
Pukul marjerin+gula hingga putih,masukkan soda+baking powder,masukkan telur sebiji sebiji..pukul lagi..
masukkan tepung..selang seli dengan air koko yang dikeluarkan dari peti ais tadi..
bakar sampai masak..lebih kurang 45-50 minit..
--------------------------------------------------------------------
selain dari kek kita kongsi juga resepi apam tepung beras..resepi ni bukan dari kak munah.dari kawan sesama di Tanjung Karang juga..Hamidah...aku pernah buat masa keje diklia..sampai ada yang minta resepi..kerana gebunya apam ni..
APAM TEPUNG BERAS
bahan bahan
1 peket tepung beras(cap teratai)
2 cawan gula pasir(setakat lekuk cawan)
4 cawan air
2 cawan tapai nasi
cara membuat tapai nasi
3 cawan nasi disejukkan
taburkan 1/3 buku ragi
gaul rata simpan 2 hari
cara membuat apam
2 cawan tapai nasi+4 cawan air dimesin,kemudian masukkan gula..mesin lagi
masukkan tepung beras,mesin lagi 5 minit,kemudian simpan selama 6 jam.
untuk lebih gebu, sebelum kukus masuk kan 2 sudu teh ENO, kacau rata2 dan kukus
Gambar apam tepung beras yang dikukus dalam talam dan dah siap dipotong...gaul kelapa parut yang ditabur sedikit garam..(gambar dari en google)
Apam yang dikukus dalam acuan cawan(gambar dari en.google)
No comments:
Post a Comment