aku tayang dulu kek coklat moist ni..resepi sila lihat di bawah nanti ye..
Entri khas buat mama serta roomate tersayang yang menyambut birthday bulan ni..
1) mama ( 13 April )
happy birthday mama, along jauh sangatlah nak sambut birthday mama.tapi along tak pernah lupa segala jasa baik mama terhadap along... huhu nanti along balik malaysia kita sambut birthday secara pukal ok ma..
love u ma! you are the best mom of the world.
ouh yeah, kawan-kawan.. ayah aku tak bagi pergi euro trip. suruh balik malaysia sebab nak buat cuti-cuti malaysia.. huhu ayah kata, rammmaaaaaiiiiiii sangat nak jumpa along kat malaysia ni..hehe.
so aku pergi juga chennai yang awalnya bertujuan nak renew passport untuk travel nanti.. tapi mak aku kata,
takpelah along buat belanja duit tu, renew kat malaysia nanti dengan mama, mama ayah semua nak datang india nanti...
yes!! akhirnya aku meng'enjoykan diri ke chennai dan shoppping!!! of kos.maceh ma.
2) birthday roomateku Norasmalina. ( 17 April )
hah promote sikit asma ni.
roomate tercintan
single dan available lagi ni.hehe.
petang tu, aku + pipa + casio sibuk nak buat kek untuk asma.
ini dia resepi mudah yang sedap
chocolate cake moist..
sedap ni tak tipu.haha.
RESEPI:
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan coklat powder
100gm butter
2 biji telur
1/2 sudu besar esen vanilla
1/2 sudu besar serbuk penaik
susu atau fresh cream
cara-caranya:
1) pukul telur sampai kembang dan campur esen vanilla.
2) campur dengan tepung gandum, serbuk penaik,coklat powder, gula dan minyak masak.. kacau sampai sebati.
3) letak susu sedikit demi sedikit sampai mencapai kepekatan yang dikehendaki.. tak terlalu pekat tak terlalu cair ok.. biar sebati.
4) letakkan kertas ke dalam bekas acuan / aluminium dan sapukan sedikit butter supaya tak melekat dan mudah dikeluarkan.
5) kukus selama 1 jam. check air kukusan, kalau kurang sila tambah ye.jangan sampai kering. *aku suke kek kukus sebab moist sangat*
lepas masak
angkat guna kertas ke atas pinggan
dan sila buangkan kertas tersebut dengan hati-hati.
TOPPING
*tak perlu buat pun takpe sebab dah cukup sedap dah kek tu*
coklat cadbury untuk masak tu cairkan, tambah sedikit butter, susu dan gula. kalau nak lagi pekat gunakan fresh cream ye..
letak coklat topping.
DECORATION
*ikut suka*
1) sapukan coklat di seluruh permukaan kek
2) taburkan gula icing, gunakan penapis.. tabur dengan sekata.
3) letaklah badam di keliling kek tu, macam pagar lah kununnya.huhu
4) potong kiwi secara kepingan nipis ( buah lain pun boleh)
dan susun atas kek
5)tulis nama
tabur icing sugar
susun buah kiwi
sesi menulis nama.dan menghias..
yeah dah siap pun.cantik tak huhu.
hasil decoration oleh aku dan steph.
tak lupa dengan bantuan pipa + casio + wancik.
UPDATED:
aku ada satu lagi resepi kek coklat moist yang best~
RESEPI KEK COKLAT MOIST YANG LEBIH MUDAH,MOIST DAN SEDAP.
klik atas tu tau.pastu comparelah mana yang lagi senang bagi korang eh.
p/s: Happy birthday mama.sayang sangat mama
happy birthday asma! huhu moga dapat jejaka yang hensem dan baik hati seperti Kim hyun Joong atau JGS..wee...
p/s/s: silalah cuba resepi ni ok.kalau sedap bagitahu aku.tak sedap korang lah salah buat.haha.
Related Posts : incredible india, kawan, malaysia, membebel, resepi
No comments:
Post a Comment