Assalamualaikum...
Selamat pagi semua....
Pagi ni saya nak berkongsi sedikit petua atau tips mengenai sebab2 mengapa kek menjadi kering dulu sebelum saya share resepi2 dari saya pula...tips ni saya ambil dari Majalah Saji. Saya pon baru terbaca mengenai artikel ni...sebelum ni selak2 aje majalah tu...tapi bila diri sendiri dah terjun ke bidang blogger masakan ni...banyak juga tips2 yang saya baca...tu nanti akan saya kongsikan yek...
Saya taipkan tips ni di sini sebagai rujukan saya atau rakan2 yang memerlukannya...kalau nak simpan ditempat lain kadang kita akan terlupa kan mana kita simpan atau letak...bile dah ade blog sendiri ni senang sikit la...boleh klik aje pada bile2 masa...ok tips tersebut ade saya letakkan di bawah ni yea...jadi sudi2kan la untuk membacanya yea...boleh dijadikan rujukan untuk anda semua....
Sebab-sebab KEK MENJADI KERING
Sumber: Majalah Saji Mei 2008
Bahan2 TIDAK DISUKAT BETUL
Kadangkala penimbang jenis spring yang kita gunakan tidak berfungsi dengan betul. Ini menyebabkan sukatan menjadi tidak tepat. Umpamanya tepung menjadi berlebihan ataupon kekurangan cecair dalam adunan kek. Oleh itu disarankan anda menggunakan penimbang jenis digital kerana timbangannya lebih tepat. Harganya dalam lingkungan RM120 dan boleh dibeli dari kedai2 menjual bahan kek. Walaupon harganya sedikit mahal dari penimbang jenis spring tetapi berbaloi menggunakannya.
Mengubah KUANTITI BAHAN
Ada sesetengah orang yang suka mengubah kuantiti bahan yang telah ditetapkan dalam resepi. Jika dalam resepi menghendaki 10 biji telur, tapi digunakan 9 saja. Jika dalam resepi 100 gm susu pekat dikurangkan 50 gm saja, kononnya nak jimat. Jangan amalkan sikap sedemikian kerana anda tidak akan mendapat hasil yang sepatutnya kerana bahan2 telah dkurangkan. Anda perlu cuba resepi yang asal dahulu, kemudian barulah anda boleh ubahsuai mengikut citarasa anda.
Penyimpanan
Kek yang baru keluar dari ketuhar memang kering kerana masih lagi panas. Sebaik-baiknya sejukkan kek anda semalaman dan keesokkannya barulah dipotong. Ini untuk member peluang kepada kek menyrap lembapan udara dan mengeluarkan minyak bagi melembapkan kek tersebut. Ataupon setelah kek anda disejukkan beberapa jam, balutkan ia dengan aluminium foil dan simpan semalaman. Keesokkannya ia tentu akan menjadi lembap. Lagi satu kek jangan didedahkan kepada udara persekitaran terlalu lama kerana ia akan kering. Hidangkan yang hendak dimakan sahaja. Jika lebih, bungkus dengan aluminium foil atau plastic wrap dan simpan dalam bekas kedap udara.
Jadi apakah penyelesaiannya jika kek kering???
Penyelesaiannya ialah anda balutkan kek dengan aluminium foil dan simpan semalaman, esoknya baru dimakan. Penyelesaian jangka panjang ialah tambahkan sedikit air susu (jika kek mentega) dalam resepi anda. Untuk kek lapis, sila semak maklumat di atas dan buat pembetulan. Anda juga boleh menambahkan kandungan susu pekat atau mengurangkan kandungan tepung dalam resepi.
Suhu KETUHAR
Di pasaran terdapat bermacam-macam jenis ketuhar. Ada kegunaan domestik dan ada untuk komersil. Jadi setiap ketuhar adalah berlainan. Biasanya untuk membakar kek seperti mentega atau span suhunya ialah 180C dan memakan masa 45 minit hingga 1 jam. Tetapi untuk kek lapis, suhu yang biasa digunakan ialah 150C. Kek menjadi kering kemungkinan kerana suhu ketuhar tidak sesuai seperti terlalu panas ataupun dibakar terlalu lama. Bagi kek lapis, masa membakar adalah singkat (5-7 minit) kerana ia nipis. Jika dibakar terlalu lama ia akan menjadi kering. Kesimpulannya, anda perlu sesuaikan ketuhar anda dengan jenis kek, suhu dan tempoh masa yang paling sesuai untuk kek anda.
Perbezaan BAHAN2 MENTAH
Bahan2 mentah memainkan peranan yang penting dalam pembuatan kek, kuih-muih atau biskut. Bahan2 asas seperti mentega, gula tepung dan telur maka terhasil la sesuatu produk itu. Sama ada kek anda lembut dan lembap atau kasar dan kering bergantung kepada bahan2 yang anda gunakan.
Penggunaan tepung seperti tepung gandum dan tepung kek juga menghasilkan perbezaan dari segi tekstur dan kelembapan kek anda. Jika anda membuat kek lapis atau lain-lain kek menggunakan tepung gandum biasa (all purpose) kek akan lebih kasar, keras atau lebih kering. Oleh itu, seelok-eloknya gunakan tepung kek atau superfine untuk membuat kek biased an untuk kek lapis sebaiknya gubakan teping hong kong kerana ia lebih halus.
Pengunaan telur juga memainkan peranan kerana telur membekalkan cecair kepada aduanan kek bagi menjadikan ia lembap.
No comments:
Post a Comment