Assalamualaikum & salam sejahtera...
Pagi ni MaDiHaA update gambar2 tempahan yang diterima pada 24hb Februari lepas dari Maheran iaitu 100 biji apam ladybird & 1 biji kek coklat moist dengan edible image. Agak mencabar siapkan tempahan kali ni dengan keadaan anak yang tak sihat. Mujurlah dapat juga disempurnakan. Alhamdulillah.
Inilah kek tempahan yang MaDiHaA ceritakan tempohari. Masih menggunakan resepi kek coklat moist yang sama iaitu dari Cida De'Nuanza yang MaDiHaA buatkan untuk anak bujang MaDiHaA si Haziq baru2 ni. Hanya resepi ganache saja yang berlainan sebab kali ni MaDiHaA guna resepi ganache dari Chef Anuar yang menggunakan UHT/whipping cream, coklat compound, butter & golden syrup. Tukar resepi sebab bimbang kejadian sama berulang kembali... kali ni alhamdulillah elok ganache tu berkilat & tak membeku seperti ganache pada kek yang sebelum ni.
Semoga Maheran berpuas hati dengan apa yang akak hasilkan. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan pada kek tersebut maklumla dah lama akak tak buat kek tempahan. Buat ini pun sekadar mencuba2 & tak sampai hati nak tolak bila customer bertanya. Padahal ramai lagi diluar sana pembuat kek profesional... MaDiHaA ni bukanlah pakar... nak deko kek pun terketar2 tangan.. setakat deko bodo-bodo macam kat kek tu bolehla... hehe...
Terima kasih sekali lagi buat Maheran kerana sudi menempah buat majlis sambutan hari lahir anaknya... Happy birthday Muiz... moga jadi anak yang pintar & soleh ye...
Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment