Pertama kali dalam hidupku, menerima sokongan padu dari sahabat blogger KakaKecik, blogger nun di utara... Kerana keasyikkan kek Karamelnya, hingga beberapa blogger yang kukenali seperti blogger sunah, blogger Puan Awin memberanikan diri buat Kek tersebut..
Serius aku rasa tak mampu nak sahut cabaran dan sokongan dari beliau dan kawan-kawan.. Rasa gigil satu badan bila menyiapkan Kek ini, . Namun sedikit senyuman akhirnya menyerlah di raut wajahku, Syukur apabila melihat hasil yang dapat ku buat pada petang ini
Pengalaman pertama buat kek ini banyak meninggalkan kesan di hatiku, sedikit pengajaran sebenarnya... mengajar aku erti sabar, sebab kalau memasak lauk pauk, guna api besar, api kecil lauk akan siap terhasil, namun bukan untuk Kek ini
Masalah pertama
Dengan tiba-tiba kuasa tuhan.. Hujan lebat, guruh berdentum walahemahnya 3 minggu kampung tercinta panas, saat guruh berdentum beberapa kali elektrik terputus, gagahku menghidupkan semula suis utama... (bayangkan keadaan aku ketika itu?) Cemas risau kek ku bantat.
Loyang yang ku gunakan terlalu kecik, sebab ovenku bersaiz kecil. Mujurlah ku tabah dan ku bentindak pantas, syukur.. 2 loyang untuk adunan yang sama seperti blogger Shda buat.
Lihatlah hasil loyang yang kecil? cantik pada mataku, namun sebenarnya kalau ikut sifu blogger Shda.. hasil beliau lagi cantik dan kreatif.
Perhatikan loyang Yang pertama.. Bahagian Karamel terlalu tebal bukan? Kalau bukan blogger shda memang aku tak tayang kat korang.. (malu)
Untuk resepi, molek korang KLIK SINI.
PS: ku terburu-buru update entry kek ini, kerana ada tempahan 2 biji pizza untuk malam ini, tempahan lewat petang dari jiran sekampung.
No comments:
Post a Comment