Pagi semua....
Sementara menunggu Firdaus bangun tidur untuk dimandikan, jom layan sepotong dua Kek Pisang Peanut Butter dengan secawan horlicks panas.
Biasanya matahari pagi yang muncul dari Laut Sulu amat terang benderang memancar ketika ini. Eloklah ambil gambar di tepi tingkap, tapi tiba-tiba suasana menjadi seakan kelam pula. Jerebu ke? Atau mendung? Entahlah... yang penting nak edit gambar sebelum Firdaus bangun!
Minggu lepas Amie buat Kek Pisang Mentega Kacang, menggunakan pisang tanduk sebab tak ada pisang lain. Kali ini Amie buat lagi kek yang sama tetapi bukan gunakan pisang tanduk. Amie pun tak tahu apa nama pisangnya.... Encik Suami selalu bawa balik pisang pemberian rakan-rakannya! Tak kishlah pisang apa pun, yang penting boleh dimakan, betul tak. Tapi kalau nak puas hati, gunakanlah pisang berangan yang wangi dan halus mulus hasil kejadiannya. Amie buat kek pisang lagi sebab suka sangat dengan aroma dan rasa mentega kacang halusnya tu.
Resepi : Kek Pisang Mentega Kacang @ Peanut Butter
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2.5 cawan tepung gandum (2 1/2 cawan)
400 gram pisang masak ranum - sebaiknya pisang berangan
4 sudu makan mentega kacang halus @ peanut butter
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak canola (minyak jagung / minyak kelapa sawit / mentega cair - ikut citarasa masing-masing)
4 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh essen pisang (kalau tak suka baunya, tak payah bubuh)
secubit garam
Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
4. Masukkan mentega kacang halus danpukul lagi.
4. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
5. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
6. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi.
8. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak. Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate. Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api. Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.
Wokeyyyyy.... Firdaus masih belum bangun. Jom minum sama.... Lepas ni nak siapkan air mandi Firdaus.
No comments:
Post a Comment