Thursday, September 5, 2013

Resepi: Kek Coklat







Malam ini tiba-tiba mood nak membuat kek coklat naik mendadak, sebenarnya ada cerita disebaliknya.. tapikan.. kalau ikut mood aku nie, bila dah okey, masalah yang bersarang kat kepala aku dah sattle... aku malas nak kongsi.. So, biarkanlah cerita itu tutup begitu sahaja ya...






resepi kek coklat 1


Asalnya, resepi nie adalah dari Blogger Cik Mat Gebu, lama dah saya minta dengan dia.. cuma malam nie bila angin yang melanda, buatkan 100% perasaan rajin menyerpa di seleuruh sendi-sendi saya.. Syukur, ilmu yang CMG kongsi telah saya gunapakai, thanks CMG.


Kita kongsi resepi mudah ini, kalau korang nak tahu.. Hasil kek coklat nie memang sebiji ala-ala kat kedai KEK, cantik, ala-ala span jer kek coklat nie.

Bahan-bahan A

1/2 cawan coco

1/4 cawan susu cair

1/4 cawan gula halus

1/2 air panas

1/2 sudu teh Nescafe

 (kelima-lima bahan nie, digaul dalam satu bekas kemudian korang tapis.)

Bahan-bahan B

1 cawan tepung gandum/tepung naik sendiri

1 sudu teh baking powder ( tepung dan baking pawder diayak bersama)

2 Biji Telur gred A

150 gram Mentega/butter cup

1 cawan gula pasir

1 sudu teh Asin vanilla





( sebelum dibakar)






Cara Menyediakan


  1. Pukul mentega, gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan Asin vanilla.

  2. Perlahankan mesin, masukkan sedikit demi sedikit tepung dan baking powder. Matikan mixer, satukan dengan BAHAN A, godak perlahan-lahan. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk Muffin, kalau dalam loyang, aku cadangkan korang cari 6x6 sebab adunan tak banyak

  3. Panaskan oven 175 darjah, selama 10 minit, baru masukkan adunan ke dalam oven, tetapkan masa selama 45minit, Selamat mencuba







Toping coklat cair


Sedikit coklat masakkan yang dipanaskan didalam oven, gunakan dauble boiler (cari dulang yang diisi air panas, kemudian cari dulang kecil, masukkan coklat) 20 minit baru coklat cair, korang boleh letak sedikit coklat cari atas kek korang, serikan dengan coklat rise..







PS: maaf berlori buat semua sahabat blogger yang sudi singgah ke blog CR, buat masa ini, keterbatasanku berlamaan di hadapan Lappy membantutkan segalanya, Minta maaf kawan-kawan. 

















No comments:

Post a Comment