Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
Kari ikan ni pemberian jiran selang 2 rumah, saya panggil makcik aja. Masuk ni dah 2 kali makcik bagi kari macam ni. Memang sedap sesangat kari ikan hasil air tangan makcik. Sebenarnya makcik mengusahakan tender kantin dekat UiTM Seberang Perai, jadi hari hari la makcik anak beranak memasak berbagai jenis lauk pauk. Dulu masa saya bekerja, pernah juga cater lauk pauk tengahari dari makcik, tp bila dah jadi surirumah dan memasak sendiri, takderla amik lagi.
Hubby suka sangat ngan kari ni, bila dia rasa aja dah puji melambung tinggi...hmmmm keciknya rasa hati ni, macamla kita masak tak sedap sangat huhuhu......Kita pun kenala mengaku juga yg kari ni mmg sedap sesangat dan saya pun suka banget. Orang lama masak tentula sedapkan, kalau tak takkanla mereka boleh dpt tender kantin, yer dak.
Rasanya ramai yang telah mencuba resepi ni, merata rata ada tayangan amal. Asalnya adalah sumbangan Pn Munira Baharom, tapi saya cp dari rumah Anna Qawina. Kalau nak tengok hasil kerjatangan Anna, bolehla singgah kerumahnya ya, dah jadi tokey kek karamel pun dia, hehehe. Tkasih Anna ya dan izinkan akak perpanjangkannya kat sini pula.
Kek Karemel :
Bahan2:
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
Ketepikan dulu
(B) - Bahagian Atas
1/2 tin susu cair ...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(kalau tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)
1 sdb tepung kastard
(C) - Lapisan Kek
140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak msk
2 sdb susu pekat manis
(D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar
Cara membuatnya:
Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi... Tapis supaya tidak berketul2..ketepikan.
pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...
campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.
**Untuk jadikan kek beralun kasih tu, setiap lapisan adunan, taburkan serbuk koko yang diayak di serata adunan, lagi tebal lagi cantik & jelas.. kemudian letakkan ;lagi adunan seterusnya, ratakan perlahan2 agar koko tidah berganjak & bercampur dgn adunan kek, buat sampai habis & lapisan atas sekali tak payah letak koko..kemudian bakar double boil** boleh tgk kat blog Kak Yatie..ada ditunjukkan cara2nya
Terimakasihla bebanyak diucapkan buat Makcik dan Ida yang selalu bagi macam macam kat saya sekeluarga, saya amat menghargainya. Walaupun mereka tidak mengharapkan apa apa, tetapi biasalah adat kita orang melayu, mesti nak berbalas pinggan kan, kalau tak dibuat terasa macam tak seronok pula. Bak kata pepatah, orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa yer dak. Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana saya dikurniakan jiran jiran yang sangat baik dan serasi walaupun saya agak kurang berkomunikasi. Sebelum berpindah ke rumah ini dulu pun, saya selalu berdoa agar diberikan jiran jiran yang serasi dan baik. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan olehNYA. Walaupun jiran2 silih berganti namun semuanya baik baik belaka, baik di sebelah kiri ataupun di sebelah kanan, maupun jiran di belakang rumah. Semuga keserasian ini akan berterusan buat selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment