Tuesday, January 7, 2014

Sponsor Kaki Kek untuk Pulut Kuning



Salam dan hai

Saya merancang nak pulut kuning untuk majlis sanding. Tapi pasal dalam pakej katerer, mereka dah kasi kek jadi ayah tak setuju kalau nak kek dan pulut kuning serentak. Kalau tolak kek, macam menolak rezeki.

Jadi demi nak realisasikan juga impian nak potong pulut kuning, saya bawa upacara ni ke majlis nikah.

Saya suka sangat pulut kuning. Masa kat UiTM dulu, kalau saya balik ke rumah, mesti pesan kat ibu siap-siap, nak makan pulut kuning. Rasa macam sudah jadi makanan eksotik untuk saya ;p

InsyaAllah, kalau ada rezeki, pulut kuning saya ibu yang akan buatkan. Saya tak kisah sangat pasal hiasan. Cukup dengan kayu manis, telur puyuh dan cili pun tak apa. Yang penting, serunding ada.

Saya terfikir nak beli kaki kek untuk letak pulut kuning ni. Lebih tinggi, jadi lebih cantik dalam gambar. Majlis kami InsyaAllah di masjid, jadi tiada kerusi atau meja. Cukup bersimpuh makan di biranda masjid.

Alternatif pakai kaki kek pilihan terbaik.

Mula-mula, memang nak beli baru. Tapi lepas dapat tahu, K.Nadzrah ada kaki kek, saya terus minta nak pinjam. Dah tengok gambar, alahai sangat cantik! Kristal lagi, hadiah kawin adik dia.
sponsor kaki kek untuk pulut kuning 1
sponsor kaki kek untuk pulut kuning 2

Terfikir juga nak pakai untuk majlis sanding, tapi takut kalau orang katerer terambil, dah satu hal nak pula nanti! Jadi nak pakai untuk majlis nikah sahaja InsyaAllah

Terima kasih K.Nadz!! Selesai satu perkara!

3 September 2010



No comments:

Post a Comment